aku baru bangun dari tidur tengah hari, sampai ke petang pulak tido nye. so aku decide untuk tulis mimpi-mimpi aku sebelum ni, with hope, when i compile my dream, i could learn something
aku mimpi tentang keluarga, dari sebuah rumah, yang mana rumah ni dibuat pada batu, dibina di celahan batu di gunung, dan rumah-rumah ni adalah perkampungan. rumah-rumah ni dibina dari kayu dan batu, terhimpit di atas dan di bawahnya dengan gunung, perkampungan ini dibina sekeliling gunung atau bukit tu, family yang tinggal kat situ hidup sederhana atau miskin, lalu aku melihat seorang lelaki yang seolah-olah melakukan kesalahan, aku tak pasti, lalu dihantar kepada family dia, family dia terkejut dan berita sampai ketika mereka di dapur mungkin, kerana tempat tu kecil dan berhubung dengan ruang utama, di ruang utama ada meja pendek tapi luas, kemudian aku melihat, salah seorang dari family dia mencekak jari kaki dengan alat yang dibuat dari kayu, lalu memotong salah satu jari kakinya, dia memotong jari kaki kiri, yang kanan sekali. lalu dia berjalan, tapi darah tak menitik pun.
ada aku mimpi, keadaan setting tempat adalah seperti di sekolah, dengan semuanya berpakaian seperti pelajar, aku duduk di depan, berbaju pengawas, lalu kawan sebelah aku memanggil aku ke belakang, menerangkan kepada aku sesuatu, lalu berkata, yang dia hanya menjalankan tugas, dia terpaksa, lalu guru ku didepan menceritakan kepada semua, sesuatu yang aku tak mahu diketahui umum, tak aku tidak menghalang umum tahu, bahawa aku dalam mimpi tersebut telah di fitnah, ada barang milik sekolah yang ada dalam rumah aku, aku berkata kat kawan aku, buat apa aku nak curik, klw aku tak perlu pun barang tu, dan memang bukan aku yang amek, lalu kawan aku berkata, hati-hati pasni, and aku mungkin tak lama, mungkin kemalangan, dan aku pasti dia yang memilih untuk kemalangan tu berlaku, sebab dia tak mampu hadapi yang dia terpaksa menyiasat kes aku dan aku didapati bersalah, lalu dia kemalangan kereta pada malam tu, and aku masih belum di tangkap
ada jugak aku mimpi, setting tempat di dalam penjara, penjara ni memisahkan lelaki dengan perempuan, tapi bersebelahan, kadang-kadang aku pergi dating, tapi nyorok-nyorok. walaupun secara sorok-sorok, tapi warden penjara tau, dia rapat dengan aku, tapi siapa tahan lama dalam penjara. maka aku merancang untuk lari, kami pilih masa, cari bantuan dari luar, aku menelefon mak, rindu kata ku, persiapan dan langkah diatur, kami pun bersedia, setibanya masa, kami pun mengorak langkah, dan ye kami berjaya, aku berlari bersama awek aku, jodoh dalam penjara agaknya, dalam mimpi tu lah, kami keluar dan melihat pantai di waktu senja atau subuh, waktu dimana hanya separuh mentari terlihat, dan memang aku rindu mak pun, maka warden tadi tahu kami lari, mulanya dia mengarahkan kami dicari dan ditahan, tapi kemudiannya, dia membiarkan dan mengarahkan kes ni ditutup dan di senyapkan,
tadi aku mimpi sesuatu yang baru, tapi aku tak ingat lak, menyesal tak revise balik aha
No comments:
Post a Comment