Tuesday, 6 January 2015

7 Jan 2015

hari ni aku mimpi perkara yang pelik sikit, setting tempat macam kat taman tema, and yang pelik nya, aku duduk di suatu sudut bersama pemilik partition tersebut, aku bermain-main dengan permainan disebelah ku, aku putarkan sebuah permainan yang besar, susah nak describe, tapi permainan tu menggesek tempat duduk aku, dan ketika mana aku menarik tempat duduk aku, aku telah menarik seluruh  kawasan permainan tu ke tepi, mesti korang yang baca tak boleh nak bayangkan en, sebab susah nak describe, then aku cuba rapatkan balik, tapi kerusi bergesel dengan permainan tu, but aku tetap nak kerusi tu serapat mungkin, seperti asal. bila aku letak, baru aku sedar yang, oh rupanya bahagian atas permainan tu je yang berputar, tapi tadi dari atas ke bawah berputar, patut lah kerusi ni tak bergesel dah, mungkin apa yang ingin disampaikan adalah, hanya menolong bila diminta, atau, kita hanya mengganggu aliran, dan untuk menyempurnakan semula aliran adalah suatu perkara yang mengambil masa dan tenaga, aku patut berdiam walaupun aku tak suka dengan sesuatu, supaya aku tak mengganggu aliran, walaupun aliran tu tak perfect keadaannya atau pergerakkannya, tapi klw aku usik aliran tu, maka hanya selepas membetulkan, baru aku tahu rupanya aliran ni masih boleh dibetulkan, masa aku nak betulkan kerusi tu, aku letak serapat mungkin sampai cat tempat permainan tu terhakis keluar, aku pun tarik sikit, dan aku rasa sangat bersalah kerana aku da rosakkan sikir aliran, tapi lepastu, aku sedar yang aliran ni bergerak dengan lebih baik,

selepas tu aku memiliki pensil dan sharpener, aku asah pensil tu, dan asah, dan asah, banyak kali, dan banyak pensil, tapi sangat pelik, kadang-kadang sempurna, kadang-kadang, aku kene betulkan balik, aku perlu setting angle, supaya sempurna, sedangkan dalam dunia realiti, sharpener tu dah fix bentuk dia, yang aku ingat, ada sekali aku nak asah supaya pensil tu mata dia panjang, ni dalam dunia mimpi, lalu aku asah dan setting angle, but yang aku asah just kayu, masih belum nampak matanya, panjang jugak dah asah, pastu baru sedar, eh buruk ah, then aku setting semula angle and bentukkan supaya cantik, then sampai satu masa, sharpener aku mula rosak, dah sampai masa agaknya, kawasan yang menyantumkan blade holder dengan bahagian sebelah lagi dah patah, tapi base masih okay, so aku masih boleh gunakan sharpener, then mimpi aku tamat, em tapi nape mimpi ni, takkan suruh aku check setiap kali tulis apa-apa, and klw pensil tu bermakna tulisan, apa pulak makna sharpener, ahaha, mimpi-mimpi

Saturday, 3 January 2015

4 Jan 2015

hari ini ada exam, so mungkin penat sikit malam tadi study, berpeluh aku tido, and mungkin sebab mimpi, selalu tido klw ada mimpi memang peluh, tak panas pun tapi peluh

apa yang aku mimpi, yang aku mampu ingat, aku travel dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain, setting tempat, macam pekan, and ketika kami tiba di sebuah tempat, kami berhenti, ada 3 kereta klw tak silap. yang aneh nya, kami keluar dan nak setting barang, but satu family ni tak boleh masuk kereta sebab kereta dia penuh, penuh dan sarat dengan barang dan beg. beg tu bukan dia punya, tapi kereta lagi satu, kereta kancil je saiz dia, tapi ada sorang lelaki dalam tu, bersama beg bagasi kulit kat sit belakang. pelik en, barang tu patut kereta kancil yang punya tapi letak kat kereta family lagi satu. dan lebih aneh, beg bagasi dalam kereta kancil tu, bukan kereta kancil tu yang punya, maka kami tah kenapa tak campak je beg tu, dan kami just tunggu tuannya amek beg tu dulu,

aku pun keluar dari kereta, dan berjalan menurun bukit sikit ke arah kereta kancil, tapi bukan ke situ yang nak aku tuju, aku meneruskan perjalanan, kiri aku ada barisan rumah-rumah, camtu jugak kanan, aku berjalan ada tujuan, tapi aku lupa, and yang aku ingat, aku takut ada anjing kat rumah-rumah tu, sampai ke mimpi pun takut anjing aha. aku terus berjalan dan berhenti, aku melihat sebuah rumah dan investigate in distance, then aku berjalan pulang ke tempat asal, dan aku berjalan laju tanpa melihat kiri dan kanan, sambil kawal nafas supaya tak kena kejar dengan anjing, but i am lucky, takde anjing pun kat area umah tu,

next aku masuk balik kereta, and abah mula nak gerak, mungkin abah kot, slow-slow je, baru nak pecut, but then aku nampak dua pupu aku nak join, dia lari, tapi aku diam je, dalam beberapa saat gak, but then adik aku nampak, bukan aku senyap apa, sebab mungkin apa yang dia dah buat kat aku kot, so aku biar je, so adik aku nampak dan gtau ayah aku yang pempuan tu nak ikut. so abah aku berenti and dia masuk, aku duduk belakang, then dia masuk je ada orang kol, dem, kol kat dunia realiti dan aku tak sempat tengok apa jadi pastu,

and aku teringat, sebelum mimpi tu, aku mimpi beberapa budak persatuan aku, diorang ada group kecil, mungkin berniaga kot, dalam sebuah rumah, diorang menjahit, jahit menggunakan tangan je, ada sorang pempuan ni, bukan la tak layak, tapi tak berapa sesuai lah nak join, but dia yang beria nak join group tu, aku tak tau nape aku boleh tau, mungkin sebab mimpi kot, semua kefahaman dalam mimpi kita dapat. kita tau keadaan, perasaan, and benda-benda yang susah nak tau kat dunia realiti.

3 Jan 2015

aku baru bangun dari tidur tengah hari, sampai ke petang pulak tido nye. so aku decide untuk tulis mimpi-mimpi aku sebelum ni, with hope, when i compile my dream, i could learn something

aku mimpi tentang keluarga, dari sebuah rumah, yang mana rumah ni dibuat pada batu, dibina di celahan batu di gunung, dan rumah-rumah ni adalah perkampungan. rumah-rumah ni dibina dari kayu dan batu, terhimpit di atas dan di bawahnya dengan gunung, perkampungan ini dibina sekeliling gunung atau bukit tu, family yang tinggal kat situ hidup sederhana atau miskin, lalu aku melihat seorang lelaki yang seolah-olah melakukan kesalahan, aku tak pasti, lalu dihantar kepada family dia, family dia terkejut dan berita sampai ketika mereka di dapur mungkin, kerana tempat tu kecil dan berhubung dengan ruang utama, di ruang utama ada meja pendek tapi luas, kemudian aku melihat, salah seorang dari family dia mencekak jari kaki dengan alat yang dibuat dari kayu, lalu memotong salah satu jari kakinya, dia memotong jari kaki kiri, yang kanan sekali. lalu dia berjalan, tapi darah tak menitik pun.

ada aku mimpi, keadaan setting tempat adalah seperti di sekolah, dengan semuanya berpakaian seperti pelajar, aku duduk di depan, berbaju pengawas, lalu kawan sebelah aku memanggil aku ke belakang, menerangkan kepada aku sesuatu, lalu berkata, yang dia hanya menjalankan tugas, dia terpaksa, lalu guru ku didepan menceritakan kepada semua, sesuatu yang aku tak mahu diketahui umum, tak aku tidak menghalang umum tahu, bahawa aku dalam mimpi tersebut telah di fitnah, ada barang milik sekolah yang ada dalam rumah aku, aku berkata kat kawan aku, buat apa aku nak curik, klw aku tak perlu pun barang tu, dan memang bukan aku yang amek, lalu kawan aku berkata, hati-hati pasni, and aku mungkin tak lama, mungkin kemalangan, dan aku pasti dia yang memilih untuk kemalangan tu berlaku, sebab dia tak mampu hadapi yang dia terpaksa menyiasat kes aku dan aku didapati bersalah, lalu dia kemalangan kereta pada malam tu, and aku masih belum di tangkap

ada jugak aku mimpi, setting tempat di dalam penjara, penjara ni memisahkan lelaki dengan perempuan, tapi bersebelahan, kadang-kadang aku pergi dating, tapi nyorok-nyorok. walaupun secara sorok-sorok, tapi warden penjara tau, dia rapat dengan aku, tapi siapa tahan lama dalam penjara. maka aku merancang untuk lari, kami pilih masa, cari bantuan dari luar, aku menelefon mak, rindu kata ku, persiapan dan langkah diatur, kami pun bersedia, setibanya masa, kami pun mengorak langkah, dan ye kami berjaya, aku berlari bersama awek aku,  jodoh dalam penjara agaknya, dalam mimpi tu lah, kami keluar dan melihat pantai di waktu senja atau subuh, waktu dimana hanya separuh mentari terlihat, dan memang aku rindu mak pun, maka warden tadi tahu kami lari, mulanya dia mengarahkan kami dicari dan ditahan, tapi kemudiannya, dia membiarkan dan mengarahkan kes ni ditutup dan di senyapkan,

tadi aku mimpi sesuatu yang baru, tapi aku tak ingat lak, menyesal tak revise balik aha