Thursday, 25 December 2014

26 Dec 2014

yes ini first post aku kat blog nih, purposely untuk mengumpulkan semua mimpi-mimpi aku, yang lama zaman dulu-dulu sampailah yang latest, yang aku ingat, but remember, yang baca pastikan faham, bahawa cerita aku adalah mimpi, bukan realiti.

hari ni aku mimpi pasal aku jadi cikgu mungkin, aku tak pasti apa jawatan aku, but aku diberi tanggung jawab untuk membuat jadual dorang, dan bagi dorang buku untuk mengajar, perjumpaan pertama, ada beberapa orang guru yang tak hadir, then the next time meeting, dorang datang and kitorang bincang semula jadual, either nak guna yang guru besar bagi atau jadual alternatif yang aku buat, then aku choose jadual yang aku buat untuk first try, dan bila hampir selesai meeting, dorang mintak buku untuk dorang mengajar, aku suruh dorang amek satu yang sesuai, sebab sume buku berlainan kulit, tebal dan tinggi. so aku mintak dorang decide sendiri buku yang dorang nak.

then aku pergi padang kot, ada macam perayaan, tapi takde apa sangat pun, ada orang bakar lemang, and ada banggunan yang tak siap, takde dinding tapi ada rangka, yang dibuat dari konkrit. ada budak bermain-main kat situ, aku tak boleh bagi gambaran lengkap, tapi yang aku ingat, kitorang main luncur, tapi kat angin, then ada yang tersangkut kat bangunan tu, so aku tolong and bagi semangat, aku yakinkan dia yang dia boleh, aku guide and bantu dia.

tapi mimpi yang paling aku ingat, aku mimpi pasal rumah, rumah lama, ada makhluk yang mengejar, besar, ganas, kapak dual handed, aku lead team aku yang aku tak kenal sape, mungkin dalam mimpi tu dorang antara survivor agaknya, aku ajak dorang masuk rumah lama aku, yang memang takde orang duduk dah, kat dunia realiti pun takde orang duduk, so aku masuk, and menyorok dalam kegelapan kat bilik mak abah, but kehadiran kami dirasai, so aku suruh dorang kuar masa aku tarik perhatian makhluk tu, aku berlari pergi ke bilik air yang tak jauh dari bilik tu, just keluar pintu and jarak bilik air dengan pintu bilik mak just satu ela, sebab bilik air bersebelahan dengan bilik kami, aku menyorok dalam bilik air, aku tutup pintu, bam, dia pecahkan, lalu aku terjun dalam kolah, tak lah besar mana pun, muat-muat badan je, ada air dalam tu, aku selam, dia cuba pecahkan dan serang aku, but entah kenapa, dia tak mampu, tak kemudian, aku bangon ahaha

No comments:

Post a Comment